Wednesday, 4 June 2014

Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan
 
Gizi atau pemakanan yang seimbang lengkap dengan semua nutrien dan khasiat makanan
GIZI SEIMBANG
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.
  
Gizi atau pemakanan yang tidak seimbang hanya mengandungi kelas makanan tertentu dan kurang berkhasiat
GIZI TIDAK SEIMBANG
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja 

Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

Tengok di SINI bagaimana untuk merancang pemakanan seimbang anda!

2 comments:

  1. Casino in Montréal, QC | MapyRO
    Casino in 안성 출장마사지 Montréal, QC. 강릉 출장마사지 (Mapyro). Casino. 3121 Highway S. Alton, QC. (619) 541-7590. Telephone: (613) 화성 출장마사지 785-3120. Website: 대구광역 출장안마 http://www.casinotop.com. 춘천 출장샵

    ReplyDelete
  2. How To Make Money On Sports Betting
    Online หาเงินออนไลน์ sports betting is available for a apr casino whole host of US and European sports betting markets. Some US 바카라 사이트 states, like sol.edu.kg Louisiana and New Jersey, 토토 사이트 도메인 allow

    ReplyDelete